17 August 2011

Semarak Ramadhan (PEPIAS PJ)

Assalammualaikum w.b.t.,

Syukur ke hadrat Illahi sbb kita masih lagi berpeluang bersama Ramadhan..
Skrg kita berada di peringkat pertengahan dan bakal menginjak ke 10 ramadhan terakhirr..
Inilah masanya untuk kita memohon keampunan dari Allah SWT.
jadi apa lagi? jom sama2 mempertingkatkan amal ibadah kita..

Sbg insan yg kerdil dan lemah,
terlalu banyak dosa yang kita lakukan samada secara sedar atau tidak..
dari sekecil2 hingga ke besar2 perkara..
Mengapa kita mendambakan keampunan Allah?

Manusia yang sering melakukan kesilapan terlalu mendambakn maghfirah Allah SWT kerana;

1. Mendapatkan keredhaan Allah SWT kerana dengan keredhaan Allah itulah kejayaan yang sebenar

2. Menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan. Hanya dengan keampunan yang diberikan oleh Allah dapat menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan.

3. Rasa hampir dengan Allah SWT. Orang yang sentiasa mengharapkan keampunan dari Allah SWT akan sentiasa menghampirkan diri kepadaNya.

4. Merasai dan mengecapi kebahagiaan. Orang yang mendapat keampunan Allah, mendapat keredhaan Allah dan akan merasai kebahagiaan yang hakiki, di dunia mahupun di akhirat.

'Bulan Ramadhan akan mengubah jiwa dan naluri seseorang.
dari sekaya-kaya menjadi semiskin-miskin kerana memahami bahawa
harta itu bukan miliknya malah kepunyaan semua orang.
Dirasakan juga dirinya tidaklah merdeka tetapi hamba.
Diketahui sekiranya tidak diterima sebarang arahan,
tidak akan berupaya melakukan sebarang kerja mudah
dan senang ibarat tidak dapat menyentuhkan tangan
ke dalam air.'

Kejayaan yang bermakna ketika berpuasa ialah dengan
menjadikan semua pancaindera dan organ seperti
mata, telinga, hati dan fikiran turut sama
berpuasa bersama-sama perut.
Dengan ini akan mengelakkannya dari 
melakukan perkara yang sia-sia
dan mendorongnya melakukan amalan pergabdian.

Wassalam..

CREDIT TO : USRAH PEPIAS PJ

No comments:

Post a Comment

Thanks, ya!