Assalammualaikum w.b.t., dan selamat pagi..(dah pukul 12.22)
Cuma nak kongsi cerita malam ni..
Tadi selepas solat Maghrib, tergerak hati nk turut ikut jemaah terawih di masjid..
Selalunya, ikut jemaah di mahallah sahaja..
Nasib baik terjumpa Kak Aizan dan sahabat PEPIAS yang lain..
jadi, sama2 pergi ke sana..
Ya Allah, syahdunya melangkah masuk nk solat kt situ..
terasa sgt tenang dan sejuk..
pada masa sama, teringat kt rumah..
selalu pi sembahyang ngn keluarga..
tapi kat sini dengan saudara Islam yang lain..
Kemudian, dah selesai solat terawih,
saya pun bergerak balik sorang diri dari masjid sebab
Kak Aizan ada perjumpaan dengan rakan2..
Sesampainya di bilik,
rakan bilik, Nik Janna tengah printing utk pelanggan..
dia tempah 200+ pages!
Alhamdulillah, dapat rezeki lagi
Sedangkan sebelum ni, biasa2 sahaja..
kesimpulannya, Allah akan memberi rezeki kat mana jua
dalam keadaan apa sekalipun..
cuma, antara sedar dan tidak sedar sahaja..
ok, itu memang secara zahiriahnya..
Hari tu, ada seorang hamba Allah menahan lapar selama 4 jam
ketika menghadiri usrah dan ceramah
dengan hanya minum sebotol air Vitagen..
Alhamdulillah, Allah permudahkan dan dia berasa kenyang..
Kiranya kalau kita bersifat husnuzhon,
iaitu bersangka baik..
dan niat ikhlas melakukan sesuatu perkara yang baik..
InsyaAllah, Allah akan tolong dan melimpahkan nikmat dan rezeki..
bukan apa, saya pun nak memperbetulkan diri sendiri jugak..
dulu mmg x sedar dan sentiasa merasakan tidak cukup..
tak bersyukur dengan apa yang ada..
lumrah manusia dikurniakan dengan sifat ingin tahu dan kehendak..
sentiasa mahu lebih, sudah dapat..
ada saja yang nk merungut itu ini..betul kan?
saya pasti anda-anda dan juga anda pasti pernah melakukan hal yg sama..
Ayat 1000 Dinar
Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
No comments:
Post a Comment
Thanks, ya!