08 August 2011

Darul Wardah

Assalammualaikum w.b.t. semua,

Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan umur kita
untuk merasai nikmat berpuasa hari yang ke 9..
Kita bakal menginjak masuk ke fasa pengampunan dalam bulan Ramadan..
marilah sama2 kita berdoa dan bermunajat dengan lebih banyak kepada Allah SWT

ok, seperti biasa..saya sgt suka untuk berkongsi dengan pengunjung blog ni
tentang pengalaman dan ilmu yg saya baru pelajari agar
dapat diteladani dan dijadikan sebagai panduan..
Kita juga dapat muhasabah diri sendiri untuk memperbaiki diri agar jadi 
lebih baik dan lebih baik..

di sini saya ingin berkongsi pengalaman berada sehari semalam
bersama warga Darul Wardah iaitu salah sebuah pusat perlindungan wanita
Muslimah yang memerlukan bimbingan rohani.
saya dan beberapa wakil HELWANI PEPIAS PJ telah
berjaya melaksanakan lagi satu program anjuran pihak PEPIAS
sebagai salah satu progra bermanfaat yg dapat dijalankan dalam bulan puasa yg mulia..

Bermulanya langkah2 kami diatur menuju ke pintu pagar UIA
dengan berbekalkan semangat dan niat untuk berkongsi, berdakwah dan bermuhasabah..
Bas putih telah tersedia menunggu para penumpang memenuhi ruang bas..
Alhamdulillah, kami selamat naik dan sampai di KL Sentral.

Kak Aizan, Husna, Fatihah, Kak Dila dan Kak Hanis

Di situ, kami semua bergerak menaiki KTM menuju ke destinasi Batu Tiga
perjalanan mengambil masa kira2 15 minit
sesampainya kami di sana, kami disambut oleh Kak Hanis,
sempatlah berkunjung ke Tesco dan Giant Shah Alam utk membeli barang2 hamper
yang akan disumbangkan kepada Darul Wardah..

Kami singgah ke rumah Kak Hanis yg terletak di TTDI Jaya,
tempat yang pernah mnjadi saksi perjalanan hidup saya
dari darjah 3 hingga darjah 6 sebelum berpindah ke Pulau Pinang.

Kemudian, usai solat Zohor di situ, dan bertungkus-lumus
membalut dua hamper dgn kreativiti  masing2..
kami bertolak ke Seksyen 30, Rumah Bimbingan Wanita Darul Wardah
menaiki kereta Kelisa emas milik Kak Hanis..
Terima kasih, jemput kami semua!

Perasaan berdebar2 dan teruja bercampur baur seketika
tibanya kami di Darul Wardah.
Kedatangan kami disambut oleh penjaga Darul Wardah..

Ketika itu, jam sudah berdetik 4 petang,
yang sepatutnya kami sampai lebih awal, tetapi
disebabkan hal2 yang tertentu, kami sampai agak lewat.
Masa tu, ada pelawat yang merupakan bekas personaliti TV,
Najlah Ishak
turut turun padang memberi kata2 semangat, nasihat,
berkongsi pendapat sesama warga Darul Wardah.


Kemudian nak diforwardkan cerita, petang tu kami...
bergotong royong!
Best sangat..semua menunjukkan bakat masuk dapur..
yang tak pernah masuk dapur pun, buat2 pernah..

Kak Khaulah, Kak Aizan n Kak Dila sedang membakar ayam. 

Nasi kerabu!

Fatihah antara salah seorang ahli aktif PEPIAS

Selesai memasak, kami berbuka bersama2..
Sesungguhnya ini kali pertama makan nasi kerabu menu hari itu..
Alhamdulillah, nasib baik diterima baik oleh selera saya ni..

Kemudian rutin biasa warga di sini, solat berjemaah..
Bacaan Al-Ma'thurat dan solat terawih bersama..
Bertazkirah dan sesi perbincangan bersama..

Sesi bermain
Alhamdulillah sampai ke hari terakhir kami berada di sana pada hari Ahad..
kami semua dapat belajar pelbagai perkara dari sekecil2 hingga yang sebesar2 perkara..
saya sangat tertarik dgn satu aktiviti yang kami lakukan bersama pada pagi Ahad,
iaitu 'Mencari Personaliti'
kami dikehendaki menjawab 50 soalan yang diberikan..
setelah dihitung tolak dan dianalisa..
saya mendapat personaliti kumpulan 1 iaitu warna emas..
Emas ini perwatakannya seorang berciri kepimpinan dan lebih suka
memberi arahan dan mengatur jadual..
dan juga seorang yang cerewet..
Hm, tak banyak tapi bila kita cerminkan diri kita, ya mmg ada ciri2 tu..
sebenarnya banyak lagi ciri lain,
tetapi itu yang utama..

untuk kumpulan lain seperti 2 bersifat pemikir dan kritis..
kumpulan 3 seorang yang sensitif dan prihatin terhadap orang lain, betul Kak Aizan? =)
kumpulan 3 iaitu warna jingga pula seorang yang periang dan agak hiperaktif..betul jugak..
hehe..mmg sapa yang ada kt dalam group tu, mmg terserlahlah sifat tu bila kita dpt
tahu kedudukan kita kat mana..

tujuannya bukanlah untuk mencari kelebihan dan keburukan untuk
kita mempergunakan dengan cara yang salah,
cuma untuk kita dapat memperbaiki kelemahan diri
dan menjadikan kelebihan sebagai sesuatu yang berfaedah..
untuk diri dan juga orang lain..

Untuk dipendekkan cerita,
kami semua dah hampir dengan waktu perpisahan dengan semua..
Mereka semua baik-baik dan peramah..
Apa yang kita cuba cungkilkan adalah keinsafan dari diri masing2..
saling bertukar cerita untuk menjadi teladan bagi orang lain.
bukan untuk mengaibkan atau dijadikan bahan ketawa,
sama2 kita bermuhasabah diri untuk kebaikan bersama..
Kalau nak cerita pengalaman 2 hari bersama, sebenarnya 10 muka surat
pun tak cukup, tapi ini merupakan pengalaman yang berharga bagi saya..

Sumbangan dari Helwani Pepias

Kusyuk Kak Aizan..

Antara Helwani Pepias yang menjayakan program ini,
(maaf gambar x formal)

                                                                                   


Setelah selesai semua perkara dan aktiviti, kami semua berhalaqah
dan mengucapkan kata2 terakhir sebagai penutup..
Dan warga Darul Wardah sempat memberi 3 rangkap pantun untuk kami



So sweet..
kemudian kami bergambar bersama dan sesi pemberian cenderahati..
Kami warga Helwani mengucapkan terima kasih dan mohon maaf
sekiranya ada perkara yang mengguriskan hati pihak Darul Wardah
sehingga berjumpa lagi..


Ok, itu saja cerita hujung minggu saya kali ini, cuma
kita kena ambil yang baik dan tinggal yang buruk..
Sesungguhnya janganlah kita memandang serong dengan satu kesalahan yang dilakukan
kerana tidak semestinya mereka lebih jahat dari kita..
dan kita jangan sekali-kali berfikir kita ini terlalu sempurna..
hanya Allah SWT yang berhak menilai hambaNya

Apa2 pun nanti saya kongsikan sedikit tazkirah di lain entri,..
terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca..

Wassalam..


1 comment:

  1. slm..nice cerita anda..ley tak nak copy masuk dlm blog pepias?

    ReplyDelete

Thanks, ya!