Assalammualaikum para sahabat semua,
buat umat Islam, hari ni genaplah 15 hari kita berpuasa
marilah sama2 kita mengejar Lailatul Qadar, InsyaAllah..
oke, seperti biasa, column weekend saya..
hari Jumaat lalu, penghulu segala hari..
saya dan beberapa orang rakan termasuk sahabat karib, Hamidah
pergi ke Digital Mall kira2 pukul 12 sbelum soat Jumaat.
Kami budget time dlm sejam sbb nk beli barang2 komputer..
Nak dijadikan cerita,
kami menaiki teksi seorang pak cik Islam..
sgtlah baik..
dia bnyk bagi nasihat dan,
satu cerita yg menarik membuatkan saya tersedar,
isterinya seorang Cina Muslim dan pensyarah..
manakala pak cik tu hanyalah seorang drebar teksi biasa..
walaupun keadaanya macam tu,
pak cik tu ada sebab musabab dia nk bekerja sbgai drebar..
antaranya, dia dpt bersolat berjemaah di mana2 masjid yg dia singgah
semasa perjalanan mencari penumpang..
dan, kalau masa2 terluang dlm teksi..
pak cik tu dpt berzikir dan berdoa dlm teksi..
dia tunjuk gambaq keluarga dan semua anak2 perempuan
dia berjaya ke universiti kt Mesir, Jepun..
dan pak cik tu jugak sentiasa berniat sedekah
dan qanaah bila penumpang nk bayar tambang..
sebab apa dia akan kurangkan harga dari
yang tercatat kt meter teksi tu..
cthnya hari tu saya kena RM4, tapi byr separuh shj..
Alhamdulillah, moga pak cik tu dimurahkan rezeki
bg pak cik tu, duit yang dia kurangkan tu akan dpt balik
bila ada penumpang lain naik..dan seterusnya begitulah..
MasyaAllah..
kadang2 terpikir jugak, kita selalu alpa
kerana terlalu rigid melakukan sesuatu perkara mengikut acuan sendiri
maksudnya, apa tujuan ke sekolah?
mestilah belajar, kan?
tapi kadang2 kita tak pernah teringat utk ambil peluang yang ada,
atau kesempatan untuk mengingati Yang Maha Esa..
pak cik tu boleh jadi teladan..walaupun smpt 5 minit berbual..
ok, tamat sudah story pasal pak cik teksi yg baik tu..
lepas balik dari Digital Mall,
saya solat Zohor, dan bergegas bersiap
ikut Hamidah balik Putrajaya..
sesampainya kt rumah,
kami MASAK!!
berkeletang keletung lah dapur dia..cari bahan sana sini
dapatlah nasi goreng semangkuk..
Forward storyline,
esoknya kami hanya duduk di rumah sahaja..
dan melayari internet..dan merehatkan diri secukupnya yg pasti..
Ayah Hamidah bawak kami semua
berbuka di PICC
makan buffet..Alhamdulillah..kenyang.
Solat kt surau PICC, fuh! besar surau diaa..
Kemudian balik dari berbuka,
dah agak lewat malam juga..
sempat pulak bukak komputer dan mengonlinekan skype..
akhirnya, dapat berhubung dgn salah seorang rakan sekolah lama..
dari perbualan kami hmpir sejam
ALHAMDULILLAH..
mendapat perkhabaran gembira yang sgt diharapkan..
perkhabaran mendapat saudara baru!
seorang sahabat lama, telahpun memeluk dan berpegang dgn tali Allah..
Terkesima saya dan Hamidah..
hanya Allah yang tahu perasaan kami waktu tu..
"Ya Allah Ya Tuhanku, kuatkanlah hatinya untuk tetap teguh
di jalanMu ini, begitu juga kami yang sudah mendapat
hidayah iman dan Islam sejak dari alam arwah lagi..
Kau berikanlah dia petunjuk yang sebenar-benarnya,
terangkanlah hati dan berikanlah kesabaran
untuk dia menjalani kehidupan
sebagai pengikut Rasulullah S.A.W.
Ya Allah, kau berikan kami semangat untuk
menimba, berdakwah, berkongsi ilmu dengannya
dan juga sahabat2 kami yang lain..
Syukran jazillan, Ya Allah kerana mengabulkan permintaan kami.."
AHLAN WASAHLAN, RIDHWAN.
FIRMAN TUHAN:
[ Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah
Nescaya Allah membela kamu ( untuk mencapai kemenangan )
Dan meneguhkan tapak pendirian kamu. ]
Nescaya Allah membela kamu ( untuk mencapai kemenangan )
Dan meneguhkan tapak pendirian kamu. ]
[ Surah Muhammad ayat 7 ]
Hidayah milik Allah SWT, seperti yang tercatat dalam tajuk
entri kali ni..
jadi, berusahalah dan bertawakal
kepada Allah SWT serta percaya
setiapa apa yang ditentukan oleh Allah SWT untuk kita ada hikmah
disebaliknya..
dengan ilmu Allah SWT, Dia akan menetapkan takdir kita.
maka hidayah milik Allah SWT.
seperti hidayah iman, bukan untuk diwarisi
dan bukan untuk diperdagangkan,
hanya dengan usaha kita dpt nikmat iman..
jangan hanya tertera ISLAM atas kad pengenalan shj,
tapi tak pernah berusaha ke arah memperoleh nikmat iman
atau kemanisan iman(halawatul iman)
kadang2 kita masih rasa kita belum mendapatkannya
cuba renungkan firman Allah SWT
Sura Ar Ra’d : 27-28;
“Dan Dia memberi petunjuk ke jalan agamaNya kepada sesiapa yang merujuk kepadaNya, iaitu orang2 yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah, dengan zikrullah, hati akan menjadi tenang.”
Wallahu'alam.
saya nk lampirkan sebuah lirik nasyid
nyanyian Hijjaz - Embun Hidayah
Setitis embunan yang jernih
Di hujung dedaunan bersih
Kemilau warnanya bagaikan
Permata disuluh cahaya
Di hujung dedaunan bersih
Kemilau warnanya bagaikan
Permata disuluh cahaya
Dinginnya menyentuh di jiwa
Menyingkap jendela hati
Itulah setitis hidayah
Membasahi gersang di jiwa
Nurnya bagaikan sinar mentari di hening pagi
Lembut dan dinginnya menusuk ke sanubari
Ia seumpama lentera di kamar diri
Terungkai segala kusut tertegak kebenaran
Menyingkap jendela hati
Itulah setitis hidayah
Membasahi gersang di jiwa
Nurnya bagaikan sinar mentari di hening pagi
Lembut dan dinginnya menusuk ke sanubari
Ia seumpama lentera di kamar diri
Terungkai segala kusut tertegak kebenaran
Tanpa mengira bangsa warna dan rupa
Tertebar petunjuk ke seluruh buana
Islamlah manusia walau di mana jua
Di timur barat selatan dan utara
Tertebar petunjuk ke seluruh buana
Islamlah manusia walau di mana jua
Di timur barat selatan dan utara
Hitam putih dan kuning Islam bersaudara
Yang menyatukan semua hanya embun hidayah
Damai seluruh dunia Aman alam semesta
Embun hidayah anugerah ALLAH
Yang menyatukan semua hanya embun hidayah
Damai seluruh dunia Aman alam semesta
Embun hidayah anugerah ALLAH
Hidayah hak milik Tuhan
Kurnia tiada tara
Meniti menerusi lidah RasululLah
Zaman terus beralih
Musim terus berubah
Embun hidayah akan terus melimpah
Embun hidayah anugerah ALLAH
Kurnia tiada tara
Meniti menerusi lidah RasululLah
Zaman terus beralih
Musim terus berubah
Embun hidayah akan terus melimpah
Embun hidayah anugerah ALLAH
ok, harap semua ambil ilmu manfaat dan mana2
bahagian yang ada khilaf, mohon diperbetulkan..
sambung balik cerita kt umah kawan =)
hari Ahad esoknya, saya ke Alamanda,
berjumpa dgn rakan lama..Fatin Syuhada namanya..
sekian lama jugaklah tak jumpa..
then, malam, berbuka puasa di rumah..
ada pengat durian..sedapnya cicah ngn roti..
lepas tu bersiap2 nak balik U,
singgah solat jemaah Isya' dan tarawih di
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
atau lebih dikenali Masjid Besi..
cantik woo mai sini..
lepas ni, bakal2 arkitek Islam,
tanamlah cita2 untuk bina pelan masjid, rumah kebajikan k..
pahala besaq tuu..
terima kasih untuk keluarga Hamidah,
sebab tumpangkan tidur semalam dua di rumah,
belanja makan n etc.
InsyaAllah, kalau ada sumur di ladang, boleh jumpa lagi.
Wassalam~
P/S: tadi test english..=.= (mood mengantuk sikit), tapi nasib baik habis jawab, haha..












No comments:
Post a Comment
Thanks, ya!