Assalammualaikum semua,
Alhamdulillah hari ni dah habis jawab oral speaking
YA RABBI, x taulah punya putaq belit, tegeliat lidah nk spare king (speaking)..
tapi apa2 pun arap yg terbaik shjlah hopefully x stay kt level 5 lg, i want to move on..=)
Ok, tu cerita pagi, yang petang punya agenda pula,
PEPIAS anjurkan konvoi raya ke rumah yg tuan rumah tu kami panggil MAMA,
macam biasa tunggu dpn guard pukul 2.30 ptg, gerak ke KL Sentral n KTM Shah Alam
well, we fetched by Mama's daughter..(so comfort in the Camry..)
Sampai situ kira2 4.15 ptg lambat sbb jammed kt area menuju MidValley,,
and hal2 lain..
Usai solat Asaq berjemaah, diimami Kak Fadhilah,
turun makaann !!
Memang kerja serbu menyerbu bab makanan kami laju, tak tipu..
tambah2 tgk nasi rain in the hot (hujan panas) yg hat kaler warna warni tu..
di saji pulak ayam masak lemak n daging hitam
x cukup lagi, ada ketupat pulut n ketupat nasi mkn ngn serunding n kuah kacang..
air sirap sejuukk..
| Amboi, dok bincang apa tuu smpai x sedar kena snapped! |
| Ada mcm logo IIUM ? |
| Gambar ni yg terbaik!! |
| dalam perjalanan kt KTM Shah Alam |
| Perjalanan pulang ke UIA, PJ |
Anak2 MAMA semuanya joined PEPIAS, jd keluarga mereka
amat rapat dgn ikhwah dan akhwat PEPIAS, walaupun freshie atau seniorita..
walaupun kami bukan lagi budak2 sekolah,
angpow tidak ketinggalan kami rebut..
bukanlah rebut, tuan rumah dah bagi, kami terima jaa
xie xie ya tuan rumah!
forward ckit cerita, kami pun balik dgn..KEKENYANGAN
dan berziarah hari raya supaya sama2 dapat barakah..
walaupun dah ketinggaaallaann,
tak pa la rajin nk taip nk kongsikan apa yg dapat masa tu,
apa makna hari raya sebenarnya?
hari yang mulia, bahagia dan gembira
yang merupakan hari kemenangan utk umat Islam setelah sebulan berpuasa
aktiviti malam raya semua digalakkan untuk membesarkan Allah SWT
dan elakkan terlalu sibuk dgn menguli2 kuih, jahit sulam kt baju raya ka,
selepas solat Maghrib malam raya, kita dianjurkan utk bertakbir raya..
Meh nk ulas tentang adab2 berziarah :
ADAB2 SEBELUM BERZIARAH
ADAB2 SEBELUM BERZIARAH
- Memilih masa yang sesuai
- Memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat.
- Berniat pertemuan dan perpisahan kerana Allah SWT
- Seeloknya, memberitahu kedatangan terlebih dahulu.
ADAB2 KETIKA BERZIARAH
- Memberi salam diselangi zikir.
- Meminta izin untuk masuk, atau masuk setelah dipelawa
- Menjaga pandangan
- Menghormati orang tua.
- Berjabat tangan dgn yang mahram.
- Menjaga batas pergaulan.
- Memendekkan tempoh ziarah.
- Mengawal suara.
- Makan atau minum sekadar yang dihidang.
ADAB2 SELEPAS BERZIARAH
- Meminta izin ketika hendak beredar.
- Memberi salam dan bersalaman dgn mahram,
- Mendoakan kesejahteraan tuan rumah.
Perkara yang perlu dihindarkan semasa berziarah:
- Mengumpat
- Mengaibkan tuan rumah
- Enggan memberi salam
- Melawat masa yang tidak sesuai.
- Jika pintu rumah terbuka, hindarkan berdiri di dpn muka pintu agar x terlihat isi dalam rumah.
Ok, itu saja dpt dikongsikan sbb yang lain2,
terlewat datang usrah, jd bnyk yg x dapt =(
Sekian, wassalam
P/S : Hari ni akan ke Digital Mall dan petang nak ke rumah, Safiyah. Her Engangement Day.
No comments:
Post a Comment
Thanks, ya!