07 September 2011

Cinta antara Serban dan Jilbab

Assalammualaikum buat pelayar2 internet hari ni =)

Ok terus ke tujuan entri kali ni saya nak berkongsikan ilmu
yang saya dapat semalam dari forum anjuran MeLex (Law course)
yang telah menjemput panel-panel dari bekas peserta Imam Muda.
Selain itu, saya tambah2 sikit dgn info2 lain dari buku dan dari group PEPIAS sendiri.

Antara yang hadir memberi perkongsian semalam adalah Imam Muda Hizbur,
Imam Muda Azhar dan Imam Muda Fakhrul.



Tajuk yang dibincangkan memang tajuk 'panas' dalam kalangan
para remaja, seperti yang dikatakan Imam Muda Azhar,
rata2 banyak U yang ingin membahaskan isu ni..

'Cinta antara Serban dan Jilbab'
menjadi simbolik maksudnya hubungan antara lelaki dan perempuan.
bukan bermakna nak bercinta kena pakai serban n jilbab, k..

Secara umumnya ramai yang tertanya2 bolehkah kita berpasangan?
apakah hukumnya?

intro yang diberikan oleh Imam2 Muda sgt bersemangat
diselangi dgn humor yang tidak berlebihan..

dan hakikatnya hukum berpasangan ni
bergantung kepada diri sendiri dan bagaimana mengawal nafsu.
Apabila ikhtilat dan adab2 dijaga, maka ia tidak jatuh haram..
Pengharaman itu bukan berlaku pada perasaan tersebut, tetapi pada perkara luaran.
jadi, kita ni jgnlah jadi hakim yg tak bertauliah sgt,
sewenang-wenangnya menghukum mereka2 yg menyimpan perasaan terhadap
si kuntum atau si kumbang ni,,
sebab cinta  ni adalah fitrah yang suci.
Cinta bukan untuk berlainan jantina shj, tetapi cinta kepada Sang Pencipta
Rasulullah SAW, ibu bapa, rakan2, guru2..
tapi bukankah lebih baik meninggalkan apa yang boleh menjurus ke arah
maksiat dan sebgainya kan?

Sesungguhnya kita sebagai hamba yang kerdil,
adalah wajib kita mencintai Allah SWT terlebih dahulu 
kemudian Rasulullah SAW dan ibu, ibu, ibu kemudian bapa.

Senior dari PEPIAS pernah terangkan Segi Tiga Cinta

Jika kita mengabdikan diri untuk Allah SWT, maka Allah SWT akan memberi
ganjaran kepada kita, Dia akan mengurniakan rahmat dan kasih sayang untuk kita
maka, lahirlah fitrah dari diri untuk orang lain pula.

Jadi rakan2 tak perlu risau, hak jodoh, hidup mati semua di tangan Allah SWT.
yang penting perbaiki diri dahulu, kita ni cukup sempurna dah ka?
saya sendiri pun terlalu banyaakk dgn kekurangan dan masih lagi di tahap
kurang matang dan dalam proses untuk mempelajari mengenal diri
 dan bagaimana untuk menghadapi hari2 yang bakal mendatang,

Belum tentu seminit dua lagi saya masih diberi peluang untuk hidup,
Allah SWT lebih Mengetahui..
jadi, kita kena la preparekan diri untuk jadi lebih baik.

dan semalam, Imam Muda Hizbur menekankan
antara titik tolak timbulnya perasaan menyukai seseorang dari berlainan jantina
adalah dari pandangan.
dari pandangan turun ke hati la katakan..


Allah berfirman,
قلْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ يَغُضُّوْا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوْا فُرُوْجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللهَ خَبِيْرٌ بِمَا يَصْنَعُوْنَ وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوْجَهُنَّ….Katakanlah kepada para lelaki yang beriman, “Hendaknya mereka menahan sebagian pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat”, dan katakanlah kepada para wanita yang beriman, “Hendaknya mereka menahan sebagian pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka…..

 Sempat lagi IM Hizbur berjenaka,
jangan pulak lepas ni pak2 alim, mak2 alim, nampak lelaki/perempuan
'Hah, ada org la dpn tu, tunduk2 kepala, mata tgk bawah ja..'.
'Wei, tu dia tu dia..lari! lari !',

Saya pasti lepas ni tak dak lelaki/perempuan nk berjalan depan antum2 lagi..haa..
tidaklah smpai tahap tu..jaga pandangan maksudnya jgn pandang
dengan pandangan yang jahat. Ada faham ka??

dah kalau mcm tu, kita terutamanya peringatan utk diri dan semua muslimah..
jagalah aurat dan adab2 semasa berada di luar jagaan, di luar rumah..
takut2 mereka2 yang berpenyakit hatinya, akan menyimpan hasrat
yang pastinya akan merosakkan maruah dan harga diri..


Makan daging lembu itu adalah halal, ttp makan daging lembu yang dicuri adalah haram,

bukan kerana daging, tetapi salahnya mencuri. Bagi menghalalkan daging tersebut,

bayar lah harga daging kpd tuannya.

mcm tu jugaklah perasaan cinta terhadap yg bukan mahram
tetapi satu fitrah dan diharuskan dalam agama, ttp apabila disertai dgn niat maksiat
maka jatuhlah hukum haram.
Oleh itu, jauhilah dan buang semua perkara2 yg boleh menimbulkan pengharaman.

Nabi Muhammad SAW sendiri memperakui memiliki perasaan cinta yang halal melalui
riwayat oleh Ibnu Abbas:


عن ابن عباس رضي الله عنهما أن رجلاً قال: "يا رسول الله في حجري يتيمة قد خطبها رجل موسر ورجل معدم، فنحن نحب الموسر وهي تحب المعدم، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (لم نر للمتحابين غير النكاح)". أخرجه ابن ماجه (1/593، رقم 1847)، والطبرانى (11/17، رقم 10895)، والحاكم (2/174، رقم 2677) وقال: صحيح على شرط مسلم، والبيهقى (7/78، رقم 13231).

Maksudnya: Daripada Ibnu Abbas, bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi: “Wahai Rasulullah, aku ada memelihara seorang anak yatim perempuan. Dia dilamar oleh orang kaya dan orang miskin. Kami suka kalau dia memilih yang kaya, tetapi dia cinta kepada yang miskin. Maka berkata Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: (Kami tidak melihat perkara yang sesuai bagi orang yang saling menyintai itu kecuali kahwin)”. Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Majah (1/593, no 1874), At-Tabarani (11/17, no 10895), Al-Hakim (2/174, no 2677) dan berkata bahawa “hadith ini sahih mengikut syarat Imam Muslim”, dan Imam Baihaqi (7/78, no 13231).


La ikro ha fiddin !
Tiada paksaan dalam agama..Islam adalah bersifat fleksibel dan realiti
mengikut sesuatu keadaan yang sesuai.
Seperti melakukan ibadat solat, rukhsah diberikan untuk mereka yang bermusafir dan sakit
begitu juga bab2 munakahat dan perasaan kasih sayang.

Islam  hadir bukan utk berkata  "jangan menyintai dan buang perasaan itu!" tetapi mengajar
sekiranya kita terjatuh cinta, maka hati2lah agar cinta tu tak terpesong dari kebenaran =)

Islam hadir bukan untuk mengajar kita membenci sesama kita,
tetapi datang mengajar kita utk membenci yang berpada-pada
dan jgnlah sampai membutakan dari kebenaran. Itulah hakikatnya..

MAKSUD ZINA HATI DAN ZINA KECIL YANG LAIN

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam:

(إِنَّ اللهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا الْعَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ الْمَنْطِقُ، وَالنَّفْسُ تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالْفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ وَيُكَذِّبُهُ). رواه البخارى (6/2438، رقم 6238)، ومسلم (4/2046، رقم 2657)، وأبو داود (2/246، رقم 2152)، والبيهقى فى شعب الإيمان (4/365، رقم 5428).
وفي رواية مسلم: (كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ).

Maksudnya: (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Zina mata itu adalah pandangan, zina lidah itu adalah ucapan, nafsu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakan atau mendustakannya). Hadith riwayat Bukhari (6/2438, no 6238), Muslim (4/2046, no 2657), Abu Daud (2/246, no 2152), dan Imam Baihaqi dalam Shu’ab Iman (4/365, no 5428).

Dan dalam riwayat Imam Muslim: (Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang tidak dapat tidak berlaku ke atas anak-anak Adam. Mata itu zinanya pandangan, telinga itu zinanya mendengar, lidah itu zinanya ucapan, tangan itu zina melakukan kekerasan, kaki itu zinanya langkah, dan hati itu mengharap dan berkeinginan, dan mengiyakannya kemaluan atau mendustakannya)

Apa yang ingin dikupas adalah mengenai kegagalan ramai yang salah anggap mengenai erti sebenar
secara ilmiyyah sehingga adakalanya ramai pemuda pemudi yang fikirannya terpesong.

"Jika kita MAMPU membutakan MATA, HATI dan LIDAH, cinta itu akan menjadi halal".
jadi ia bergantung kepada diri sendiri.

Imam Muda Fakhrul menerangkan bahawa wanita merupakan sumber KEIMANAN
dan KEKUFURAN kepada lelaki.

Uih, tanggungjawab berat tu..kalau pandai seorang perempuan membawa haluan
ke arah yang diredhai Allah, maka baiklah..
tetapi kalau sebaliknya, kesannya pun sebaliknya..

Beliau sempat juga bercerita tentang kisah seorang siswa
yang memendamkan perasaan suka terhadap seorang siswi sebuah universiti di Malaysia
sehingga satu hari si siswa meninggal dunia sebelum sempat dia meluahkan kepada si siswi,
maka dikira syahid kerana dia pandai mengawal kehendak
semata-mata mahu mengelakkan perkara2 yang menjurus ke arah
tidak baik.

Antara kriteria dan adab2 pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah:
  • Jangan bercakap, berbual, beri salam dgn nada yang mendayu dan lunak.
  • Tidak boleh memulai perbualan yang tidak mendatangkan manfaat.
  • Hendaklah menutup aurat.
  • Berusaha terlebih dahulu mncari mahram bagi mewakili wanita itu bercakap dgn lelaki. Jika tiada, dibolehkan bercakap sendiri.
  • Hendaklah berbual dlm keadaan baik yang tidak menimbulkan fitnah orang.
  • Jangan menampilkan perhiasan selain yang zahir.
  • Ada hijab dan pembatasan
  • Menunjukkan akhlak yang baik dan sopan
Islam amat menganjurkan umatnya memberi salam kpd orang lain.
Ada kelonggaran dalam Islam yang membolehkan kita memberi salam kepada lain jantina yang dikenali
seperti saudara-mara, jiran terdekat, kakitangan sepejabat dalam urusan tertentu dn sbgainya.
Tujuannya dan niat harus betul untuk menghormati dan memelihara
hubungan persaudaraan sesama Islam.

Indahnya Islam, dalam syariat yang ketat mengawal kehormatan wanita
untuk menjalin silaturahim dgn pihak tertentu.
Tetapi harus ingat, kelonggaran ni x bermaksud suka hati hang
nk bg salam kt sapa pun..kena ada batas..

Ada situasi yg dibolehkan lelaki memandang wanita:
  • Melihat perempuan yang mahram seperti adik-beradik dan susuan atau hamba yg dah berkahwin adalah harus.
  • Harus dilihat muka dan tapak tangan dgn tujuaan meminang.
  • Harus melihat anggota tertentu dgn tujuan perubatan
  • Harus melihat muka untuk tujuan saksi.
  • Harus melihat seluruh badan isteri dan hamba.
  • Harus guru melihat muka dan tapak tangan murid yg hndak diajar.
  • Harus melihat muka dan tapak tangan pelanggan dalam urusan jual beli.

Terdapat juga kekeliruan dalam memahami agama.
dan dalam Islam tidak terlalu mengongkong atau terlalu mudah.
Islam memilih yang pertengahan dan sesuai dgn keadaan.

jangan terlalu menyusahkan diri dlm urusan agama,
sehingga timbul was2 dalam beribadat kerana tu semua was2 yg ditiup oleh syaitan..

Kata Imam Syatibi : Andai kamu melihat kepada keseluruhan syariat, maka
kamu akan mendapati syariat berada di pertengahan. Andai kamu melihat ada kecenderungan kepada sisi
terlampau memudahkan atau sisi terlampau menyusahkan maka itu bagi berhadapan
dengan lawannya daripada sisi lain. 

Sisi memayahkan (kebanyakannya pada menakutkan, menggerunkan, melarang) didatangkan bagi berdepan dengan mereka yang cenderung mempermudahkan agama.

Sisi memudahkan (kebanyakannya pada pengharapan, galakan, dan rukhsah kemudahan) didatangkan bagi mereka yang cenderung memayahkan agama.

dan ada dialog humor yang saya ingin kongsikan dari group Architecture,

Lelaki: Sudilah kiranya berkahwin denganku?Perempuan: Awk ada rumah?Lelaki: Tak..Perempuan: Awk ada BMW?Lelaki: Tak..Perempuan: Berapa banyak gaji awk sebulan?Lelaki: Tak ada gaji..tapi..Perempuan: Tak ada tapi2..awk tak memiliki apa2..macam mana saya nak kahwin dengan awk?? Tolong pergi !!
Lelaki: (ckp dlm hati) aku ada sebuah villa,3 bidang tanah,3 buah Ferrari,2 Porsche..knpa aku kena beli BMW? mcmana aku nak dapat gaji kalau aku sendiri bos?

Kesimpulannya, jgn terlalu memilih seperti yang Imam2 Muda tu cadangkan..
hm, tak tau nk komen apa..tapi betul la jugak kot..

rasanya setakat ni ja kot yang dapat dikongsikan,
banyak lagi bnda lain yg boleh dibincangkan tapi saya pun bukannya arif sgt bab2
ni, ni pun fes time try2 cuba fahamkan, dan cuba mengarang
untuk share2 ngn hampa..

malam semalam pun tak dengar smpai habih, lepas tu terkejar pi
usrah PEPIAS bincang mengenai HARI RAYA.
Next entry saya taip lain, ni pun dah lenguh jari dok tekan2 keyboard..

Sebelum saya tutup laptop nih, cuma nk lontarkan pendapat sendiri
yang saya tak berminat sgt nk ber'couple-couple' utk waktu ni
umur masih setahun jagung,
makan minum pakaian pun mak ayah tanggung lagi..
ilmu di dada pun tak penuh dan sempurna,
apatah lagi membincangkan soal cintan-cintun yang agak mencabar..
sbb zaman sekarang budak sekolah rendah pun dah pandai..
tanya ada marka(girlfren or boyfren) dok sengih2 dah..
adalah tu...

pandai2 lah jaga diri, kalau suka pun suka biasa2 cukuplah..
kalau anti ka anta betul2 nak berkahwin, terus bertunang dan kahwin jaa..
minta orang tengah atau parents carikan..
kawan sekelas saya dah bertunang dah punn..

to my opinion, its way too early, but I can't oppose the fate, qada' n qadar
Allah knows the best for His slaves.

teringatkan kakak2 naqibah yang comei2 kt sekolah menengah dulu,
dia kata buat masa sekarang ni fokus dgn apa yg didepan mata seperti belajar dahulu
dan berdoa serta bertawakal.
tak usah dok pening2 lalat nk pikiaq bnda yang bukan masanya lagi..
Mak sendiri pun sentiasa ingatkan benda yang sama,
saya berpegang dgn pesanan Mak.

Nak juga selit ucapan jutaaaaann terima kasih untuk mak ayah yang
banyak berkorban walaupun Farhana selalu mintak lebih dan lebih lagi
Alhamdulillah, mendidik Farhana dan adik utk menjadi insan yang beguna
 sbg khalifah Allah di dunia mahupun di akhirat.

So, we have come to an end. Hope to hear any additional info so that we can share altogether
It isn't a lacking if you're sharing, plus you're gaining..
gaining the knowledge and pahala.

Wallahu'alam, Wassalam.

P/S: upcoming events, KONVOI RAYA PEPIAS PJ n my old best friend engangement =)

No comments:

Post a Comment

Thanks, ya!