29 October 2011

Tuah the Lucky Cat





Assalammualaikum,

tiba2 ada pulak gambar kucing kesayangan melekat kt entri blog kali ni..
namanya TUAH, seekor kucing betina berusia 3 tahun.

apa yang istimewaaa kucing ni sebab dia manjaaa sgt!
malam mesti tidoq ngn mak..
kalau solat, dia pun berjemaah sekali
sehingga selesai solat kemudian dia duduk atas riba,
baca doa sekalii..
baguih punya perangai..

dia x banyak ragam mcm sesetengah kucing yg lain.
dari kecik dah diasuh dan dilatih untuk qada' hajat dlm toilet..
bila mlm ka, pagi2,,,dok mengiau ngiau..

suruh mak tunggu basuhkan..hhmm...
makan pun x cerewet..sebab dia cuma mkn makanan khas kucing.
kalau letak ikan goreng ka, ayam tgh2 jalan..
tak da maknanya dia nk makan..

kalau ada orng mintak nk bela kucing ni..sorry naik lori..
tak serah la..simpan ja kt rumah..
dia pun jenis x rajin berjalan jauh2 dari rumah..

kebanyakkan masa dihabiskan masa dengan tidurrrr..
bangun pun jilat2 badan, tidurrr..
haha..

ok, tu ja nk kongsi tentang kucing kesayangan sekeluarga..

disebabkan kt rumah adik tiada sbb dok asrama,
Tuah la mangsa buli saya tiap2 hari cuti kt rumah..!!

di sini nak kongsikan kisah kucing kesayangan Nabi Muhammad SAW dan
keistimewaan kucing dlm Islam

Didalam perkembangan peradaban islam,
 kucing hadir sebagai teman sejati dalam setiap nafas dan gerak geliat perkembangan islam.
Diceritakan dalam suatu kisah,

 Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.
 Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya,
 di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya
. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu,
 nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.
 Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan
 merunduk sujud kepada majikannya.
 Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan
 mengelus lembut ke badan mungil kucing itu sebanyak 3 kali.
Selain itu, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya,

 nabi selalu menggendong mueeza dan 
diletakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza
 yang nabi sukai ialah ia selalu mengiau ketika mendengar azan,
 dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.
Kepada para sahabatnya,

 nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan,
 layaknya menyayangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini sangatlah serius,

 dalam sebuah hadis sahih Al Bukhori, dikisahkan
 tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya,
 dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri,
 Nabi SAW pun menjelaskan bahwa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.

Pengaruh kucing dalam seni Islam


Kucing dijadikan manifestasi  penghargaan masyarakat Islam kurun ke-13,
rupa kucing dijadikan ukiran cincin khalifah, termasuk porselin, patung dan matawang.
Dalam bidang sastera, para penyair tidak ragu membuat syair utk kucing
peliharaan yang telah berjasa melindungi buku2 mereka dari gigitan tikus dan serangga
perosak yg lain.


Kucing menjadi inspirasi para sufi.


Ibnu Bashad seorang sufi yang hidup masa kurun ke-10 bercerita,
semasa beliau dan para sahabat bersantai melepaskan penat lelah di atas atap sebuah
masjid di kota Kaherah sambil menikmati hidangan malam, seekor kucing melewati mereka.
Lalu, Ibnu Bashad menghulurkan sekeping daging, kemudiannya kucing itu kembali lagi dan
Ibnu Bashad menghulurkan kepingan daging yang kedua.
Ibnu Bashad mengikuti kucing itu sambil mengonggong kepingan daging
itu lalu kucing itu meletakkan daging itu kepada kucing lain yang buta kedua2 matanya.
Peristiwa ini sangat menyentuh hatinya sehingga ajalnya pada tahun 1067.

Para sufi juga menyakini bahawa dengkuran kucing mempunyai sama irama
dengan zikir-zikir Allah SWT.

Hukum membunuh kucing



Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Seorang wanita diseksa kerana mengurung seekor kucing sampai mati. Kemudian wanita itu masuk neraka kerananya, yaitu karena ketika mengurungnya ia tidak memberinya makan dan tidak pula memberinya minum sebagaimana ia tidak juga melepasnya mencari makan dari serangga-serangga tanah.(Shahih Muslim No.4160)
dan Dalam syariat Islam, seorang muslim diperintahkan untuk tidak menyakiti atau bahkan membunuh kucing, berdasarkan hadits shahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari kisah Abdullah bin Umar[1] dan Abu Hurairah.[2]


Di sini disertakan link blog kisah seekor kucing yang telah dipotong kedua kakinya.
Selanjutnya sila pergi ke KakiMotong.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Thanks, ya!