Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera..
Hurm, saya cuma nk kongsi..
memandangkan skrg sy menetap di
Mahallah Khadijah,
di sini ada 4 blok,
A B C D
ada satu cerita mengenai blok C
lokasi tingkat 3
bilik dirahsiakan..
ada rakan2 saya bercerita,
katanya bilik tu dah lama kosong..
bila lalu, ternyata bilik tu x ada orang
sbb x ada kasut bnyk2 kt rak..
part yg boleh naik roma bila..
rakan2 sebelah bilik tu,
tedengar bunyi2 perabot diubah..
and so on..
saya pun pernah requested utk tinggal dlm bilik tu..
tapi ditolak..sbbnya
dah ada org tempah bilik itu lebih awal..
tp smpai skrg belum dihuni..
ok, kembali ke realiti..
bukan tujuan utk bercerita perkara bukan2..
apa yg penting, kita kena kuatkan diri..
dlm bilik, rumah ka..
mana2 tempat..
selalu amalkan ayat2 Al-Quran
mengimarahkan tempat tersebut dari gangguan2
makhluk halus yg juga ciptaan Allah SWT
seperti mana dalil Al-Quran yg bmaksud..
” Dan Dia ( Allah ) menciptakan Jin daripada nyalaan api.” ( ar Rahman : 5 )
ada jin yg baik, ada juga jin yg engkar..
mereka yg engkar ni lah yg nk heret manusia masuk neraka..
antara caranya mereka masuk ke dalam
badan manusia yg lemah..
maksud lemah di sini bukan shj dr segi fizikal..
tetapi dr segi rohani dan mental seseorang..
antara tanda2 jin dah berjaya memasuki tubuh seseorang:
Gejala Ketika Tidur
- Susah tidur malam,tidak boleh tidur melainkan setelah bersusah payah.
- Sering terjaga pada waktu tengah malam dalam keadaan cemas dan takut.
- Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit,akan tetapi tiada siapa yang mendengar.Biasanya terjadi dalam keadaan kena tindih.
- Mimpi yang menakutkan dan menyeramkan.
- Mimpi melihat binatang seperti kucing,anjing,ular,serigala,unta,tikus dan sebagainya. Jika mimpi dipatuk ular,kemungkinan petanda bahawa sihir telah masuk ke dalam jasadnya.
- Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
- Ketawa,menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.
- Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
- Berdiri dan berjalan ketika tidur.
- Mimpi berada di kawasan kotoran atau perkuburan.
- Bermimpi berada ditempat sunyi.
- Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang aneh dan menakutkan.
- Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga jika bermimpi budak yang menyusu dengan kita ( wanita ).
- Mimpi melihat salib atau gereja.
- bermimpi bertemu paderi.
- Mimpi diancam dengan benda tajam seperti pisau dan sebagainya.
Gejala ketika jaga
- Selalu pening, dan doktor pun x dpt kesan penyakit yg dihidapi.
- Selalu lalai drpd mengingati Allah.
- Hilang ingatan dan kemungkinan gila
- Lesu dan malas
- Rasa sakita di salah satu anggota badan dan doktor x dpt kesan penyakit.
- Melihat sesuatu yg pelik ketika jaga.
- Ada ketumbuhan yg sukar diubati
- Terasa sesuatu berada di tapak kaki spt terpijak telur atau batu.
- Mudah panik atau terkejut apabila berhadapan sesuatu ujian
- Jiwa lemah dan seperti tiada motivasi.
- Mudah marah dan panas baran.
- Emosional dan sensitif
- Mudah mengantuk terutama dl majlis ilmu..
ok, itu antaranya..
kita tidak perlu percaya sepenuhnya..
tapi sebagai panduan..
jika betul tanda2 ini berlaku,
segera cari penawar..
rasanya gejala ketika jaga tu
ramai yg alami..
termasuklah saya..
mengantuk ketika belajar..
tapi saya cuba perbaiki..
mungkin kurang bersenam kot..
tu jadi mudah rasa lesu..
=D
Mudah-mudahan kita semua terhindar
dari gangguan2 sebegini..
InsyaAllah..
Till next time, Salam A'laik..
No comments:
Post a Comment
Thanks, ya!