28 June 2011

I'm Back!

Alhamdulillah..akhirnya dpt jugak buka blog 
setelah berkurun tanpa sebarang updates..
Jadi, anda semua bagaimana? Sihat?
di sini saya cuma nk cerita serba sedikit
mengenai pengalaman sepanjang berada di UIA, PJ utk setakat ni..

Semua berjalan dengan lancar..dan seperti yg diketahui..
saya mengambil kursus Architecture and Environmental Design

Masa enrolled, esoknya ada exam English n Arab.
Keputusannya...

Saya mendapat Level 5 untuk English dan Level 1 untuk Arab
Saya mmg x ada basic arab sblum ni..=P

dan minggu suai kenal di UIA dikenali sebga Taaruf Week.
taaruf means berkenalan dlm Arabic.


Ini masa hari pendaftaran saya.
Masa tu cuma ayah yg hantar sebab mak kena 
jga adik yg demam di rumah..

OK, seterusnya selesai sahaja Taaruf Week yg sgt simple
sbbnya kami tidak perlu menyertai games2 yg lasak2,
dan tidak perlu berjaga malam mcm burung hantu..

Kami semua mulakan kelas masing2.
Memandangkan saya mendapat asasi selama 2 tahun
mengikut keputusan exam English (EPT) n Arabic (APT)
jadual saya tidak begitu padat seperti rakan2 yg lain..

Bidang seni bina juga tidak perlu bersusah payah menghafal fakta2
seperti subjek sains...
TETAPI, risiko mengambil bidang ini
adalah..
mereka2 ini perlu mempunyai daya pemikiran yg kreatif
serta tahan lasak
kerana projek2, assignments memerlukan
jangka masa yang lama utk dihasilkan.

Contohnya, subjek Graphic Communication..
hari pertama kelas,
kita hanya perlu membuat garisan panjang secara free-hand
nampak senang kan?
Tapi kalau terdapat sebarang kecacatan,
kita kena repeat lukisan tu balik..
Mungkin ramai yg anggap senang,
tetapi bukan mudah untuk menghasilkannya..

jadi, nasihat saya utk adik2 yg nk ambil course ini,
berjuanglah dari sekarang..
Belajar rajin2..
Kalau ada bakat melukis, itu BONUS!!

Kehidupan di sini sgtlah ok..
jangan jadi org yang berfikiran sempit..
Kenapa kita perlu lari dari realiti kehidupan?
banyak perkara yang saya dpt pelajari semasa berada di sini...
cara orang berpakaian, bergaul dan aspek2 lain.
Ada yang baik dan ada juga yang kurang.

Yang penting, kita kena pandai bawa diri
dan memilih rakan yang menjurus ke arah yg lebih baik
kalau ada yg kurang baik, kita kena
ajak mereka utk berubah..
bukannya dgn mengkritik mereka tetapi
menasihati mereka..

Ok, kalau cerita tntang makanan kat sini..
fuh, semua sedap2..murah2 lagi..
biasalah student rate..
Tapi kena pandai berjimat jugaklah..
kalau semua bnda nk makan sekali gus..
pokailah,,=D

Kat sini asrama dikenali sbg Mahallah 
dlm bahasa arabnya..
kini saya tinggal di bilik 505, Mahallah Khadijah
bersama 3 org rakan,
Adlyn, Rohani dan Nik..

Mereka hebat!
Setiap seorang mempunyai keunikan tersendiri..
semuanya mengambil bidang yang sama seperti saya.

Hari pertama outing saya dan 2 org rakan bilik
telah menjejakkan kaki ke mall yang terdekat iaitu Jayaone


lepas tu kawan ajak pergi Masjid India..
apalagi, angkut naik bus Metro Bus ke Mid Valley,
naik komuter ke KL Sentral..
sampai sana beli tiket 3 org naik LRT
turun di Masjid Jamek..
fuhh, penat jugak..
sampai ke petang outingnya..

Tapi tak apa..tu semua pengalaman..
sempat la beli tudung sehelai..=)

hari2 lain semuanya biasa2 sahaja..
tapi sebenarnya sgtlah tidak rugi dpt masuk sini..
utk yg beragama Islam terutamanya,
kita dapat belajar sesuatu subjek
dan diselitkan dari perspektif Islam..
ada kaitan dgn hadis2, ayat2 Al Quran..
sapa yang nk masuk sini,
silalah bawa senaskah  tafsir dan kalau boleh dlm English
sbb UIA is an ENGLISH SPEAKING CAMPUS..

Bahasa pengantar juga bahasa inggeris..
boleh dikatakan hmpir semua perkara dlm bahasa Inggeris
masa jwb Exam fardhu ain juga
English!
ada juga beberapa perkataan yg x difahami..
Alhamdulillah, saya dpt keputusan yg baik
dan x perlu menghadiri kelas fardhu ain..
cuma kena pergi study circle..
apa tu study circle?
ni kira mcm Usrah antara kelompoklah..

apa lagi nk tau tntang uia pj ni??
hhmmm...
lecturers semua BEST!
x ada yang garang2, semua baik..
tpi kita pun kena la tunjuk sikap yg baik jugak, kan?

Permandang pun cantik..nanti main campus di Gombak..
Subhanallah..sgt cantik..
Kuliyyah Architecture di gombak juga sgt unik..
jom2 apply UIA..

pesanan utk semua yg dah pun jadi komuniti uia ni..
teruskan perjuangan,
kita bukanlah jadi pelajar semata2
ttp sebgai pendakwah juga..

Akhir kata,
selamat menyambut Israk dan Mikraj hari ini..
esok Khamis, puasa jom!
puasa isnin dan khamis ni sunnah..

Sekian, Wassalam.

P/S: pukul 4 nk gerak ke uia gombak ada pameran heritage oleh senior 3rd year..hhmm..mesti best!



1 comment:

Thanks, ya!